flowers

Blogger Widgets

Monday, November 25, 2013

SELEMBAR BULU MATA


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan usianya di dunia untuk membuat maksiat , tetapi ia berkeras membantah. "Tidak, demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnyan, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Maka ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada siapa kecuali aku dan suaramu" "Inilah saksi-saksi itu," Ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Di susul oleh telinga, "Saya yang mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap."Tangan meneruskan, "Saya yg meraba dan meramas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah, kalau kubiarkan seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi akan dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan," kata malaikat. "Terus terang saja menjelang ajalnya pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahi dengan airmata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji bahawa, apabila seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi airmatanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya selembar bulu matanya berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan airmata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung  kepada para penghuni syurga :
"Lihatlah , hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."


Sunday, May 26, 2013

40 Nasihat dan Kata2 Hikmah Sayyidina Ali Ibn Talib


Berikut adalah 40 nasihat Sayyidina Ali Ibn Abi Talib k.w.j sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Sayyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al-Bayan Wattabyeen oleh Al-Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al-Jaahidh r.a.:

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagalah ibubapamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah SWT.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada kearifan. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3: Mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu.

21. Allah SWT merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi di sebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Saturday, May 18, 2013

Kelebihan Selawat Tafrijiyah


Assalamualaikum w.b.t...

  

Ini adalah Selawat tafrijiyah yang saya selalu amalkan selepas setiap kali solat fardhu.
Banyak kelebihannya yang saya dapati daripada doa ini.Alhamdulillah doa ini meyakinkan saya ke atas setiap pekerjaan yang saya lakukan setiap hari . Kelebihannya sangat banyak....He

Antara kelebihannya :
1) Sesiapa yang mengamalkan doa ini dengan membaca 10 kali selepas setiap solat fardhu insyaallah segala hajat akan dikabulkan oleh allah s.wt . 

2)  Dibaca setiap hari 41 kali atau 100 kali: Insya Allah dapat menyelesaikan masalah Penting dan dimudahkan urusan hidupnya

3) Dibaca 11 kali setiap lepas solat Fardhu : Insya Allah rezeki anda tidak putus disamping mendapat kedudukan yang tinggi..

Jadi, saya mengajak diri saya sendiri serta sahabat2 , mari kita sama-sama beramal dengan doa ini. Semoga usaha ini akan meningkatkan lagi keimanan dan kepercayaan kita kepada kuasa allah taala>>>